Penegasan: Bahulu Berinti d'Bayu merupakan produk original yang mana postur luarannya adalah lembut dan didalamnya ada jem yang cair. Sebarang bentuk sifat fizikal lain yang juga dikenali sebagai bahulu berinti bukanlah keluaran syarikat kami namun kemungkinan produk tersebut menggunakan sebahagian resepi Bahulu Berinti d'Bayu yang telah disalahgunakan untuk tujuan keuntungan sesetengah pihak. Pihak kami menjalankan perniagaan berkonsepkan francais dan tidak pernah menjual resepi bahulu inti original ini kepada mana-mana individu. Harap maklum.
