Pautan

Tuesday, April 9, 2013

Mini Bahulu Cafe

Setelah beberapa bulan menjalankan operasi membekalkan bahulu ke kedai-kedai runcit berhampiran, Alhamdulillah diberikan peluang dan keizinan oleh Allah S.W.T. untuk meluaskan lagi pasaran bahulu dengan menjalankan perniagaan secara terus dengan pelanggan melalui premis perniagaan kami yang baru.



Premis ini mula beroperasi pada 8 April 2013. Lokasi premis yang agak strategik memberikan kelebihan kepada perusahaan bahulu berinti untuk terus dikenali masyarakat awam dengan labih meluas.

Premis ini terletak betul-betul di bahu jalan utama KM11 Batu 7 Jalan Gombak. Kawasan sekitar dikelilingi beberapa buah kedai makan dan kedai runcit serta beberapa buah sekolah yang terletak disebelah dan seberang jalan premis. 



Kehadiran kami yang mula beroperasi pada hari pertama membuatkan masyarakat sekeliling masih tertanya-tanya berkenaan perkhidmatan yang kami sediakan. Dengan pembukaan premis ini, pelanggan dapaterus menikmati keenakan bahulu berinti secara langsung dan pada masa yang sama mendapat informasi berkenaan perkhidmatan kami yang berkaitan.

Kepada anda yang berdekatan, dijemput ke premis kami yang dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 10.30 pagi hingga 6.45 petang. Bagi yang gemarkan bahulu panas anda boleh datang pada 3 waktu yang berikut:
1) 11.00pagi
2) 3.30 petang
3) 5.00 petang



Kami akan terus mempertingkatkan kemudahan kepada pelanggan dari masa ke semasa.