Tuesday, July 9, 2013

Promosi Akhbar Ambang Ramadhan 2013M / 1434H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan..Kullu 'aam wa antum bikhoir. 
Kami mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan penuh rahmat Bulan Ramadhan. 

Saya berdoa dan berharap agar saya dan anda semua dipanjangkan umur diberikan kesempatan waktu dan kesihatan untuk terus bersama dengan tetamu agung ini. Bersamalah kita lipat gandakan amalan kerana ganjaran dan bonus yang tersangat istimewa Allah sediakan buat hambanya khusus hanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Bulan Ramadhan juga bukan sahaja menjanjikan berjuta rahmat dan kebaikan bagi sisi amal ibadah semata, bahkan bulan yang penuh barakah ini membawa keberkatan dalam mencari rezeki didunia. Oleh yang demikian, saya berpesan kepada diri dan pengunjung sekalian agar turut sama melipatgandakan aktiviti pekerjaan harian kita dengan niat mencari rezeki yang halal dan insyaAllah ianya turut dikira sebagai ibadah disisi Allah s.w.t.

Jangan sesekali menjadikan lapar dan dahaga dibulan puasa sebagai alasan untuk menjadi pasif dan lemah dalam melaksanakan tugasan seharian.

Bagi kami pihak pengusaha bahulu berinti d'Bayu, sebagaimana tahun-tahun yang sudah, kami perlu menyiapkan diri dengan persiapan mental dan fizikal yang padu bagi menyiapkan ratusan ribu malahan mungkin jutaan biji bahulu sempena musim perayaan. 

Persiapan bagi tahun ini perlu ditingkatkan kerana promosi kami telah berkembang lebih jauh setelah mendapat perhatian pihak akhbar di minggu terakhir Syaaban sebelum melangkah ke bulan Ramadhan. Kami mengharapkan para pelanggan agar membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan.



"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

Promo

News

PART-TIMER

PART-TIMER
Jom sertai kami sebagai pengedar. MODAL TIDAK DIPERLUKAN!! Hanya perlu mendapatkan tempahan dan anda akan mendapat komisen antara 15-35%. Sangat mudah bukan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN
apa lagi..jom la rasa.
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.

Istimewa untuk majlis-majlis rasmi

Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.

Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.

BDB B 001 - BDB B 003

HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit :
RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit :
RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit :
RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit :
RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti

BDB B 001

BDB B 001

BDB B 002

BDB B 002

BDB B 003

BDB B 003

Banyak lagi pilihan..

Sila klik pada Cenderamata