Pautan

Tuesday, March 2, 2010

HALAL - Isu yang sangat sensitif!


Mencari yang Halal itu adalah kewajiban atas setiap Muslim. Bila cakap tentang Halal je, sume duk pikir makanan Halal..sedangkan banyak lagi benda lain yang sepatutnya diheret bersama dalam persoalan Halal ini. Sebab itu isu Halal sangat sensitif.
Baru 3 hari lepas penulis menyertai satu seminar Halal anjuran Jakim bertempat di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara. Objektif seminar adalah memberi kesedaran kepada usahawan Muslim dalam mendapatkan pengesahan sijil Halal daripada Jakim. Bagi pengusaha bahulu seperti saya, bunyinya agak kelakar kerana semestinya bahulu adalah produk makanan yang tentunya halal disebabkan bahan-bahan mentah yang dijamin kehalalannya. Walaubagaimanapun, sepanjang seminar berjalan, penulis dapat menghayati betapa pentingnya mendapatkan sijil Halal Jakim.



Makanan terutamanya merupakan perkara penting yang disarankan keatas setiap Muslim dalam memastikan ianya Halal lagi suci. Saranan ini boleh kita dapati daripada firman Allah Taala dalam Kitab Suci Al-Quran. Jakim bertanggungjawab dalam memastikan produk syarikat yang berjaya mendapatkan sijil Halal adalah betul-betul halal lagi suci.
Seminar 3 hari yang lepas juga membongkarkan betapa kita warga Kuala Lumpur terutamanya, makan ayam haram setiap hari. Kebanyakan ayam yang dijual di pasar-pasar besar tidak mampu memenuhi kehendak Syarak malah ada antara tukang sembelih terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam! So terrible!! Fakta ini dibenarkan sendiri oleh peserta seminar dan beliau merayu kepada pihak berwajib agar memantau perkara ini dengan lebih serius.
Isu produk yang diragui kehalalannya juga melanda beberapa produk bukan makanan seperti alat mekap, barangan berasaskan kulit dan termasuk juga dalam aspek perkhidmatan. Jika dibuat kajian, sebahagian besar barangan dan perkhidmatan pada masa kini adalah meragukan. Peranan Jakim juga sebenarnya tidak memadai dengan hanya mewajibkan pendaftaran sijil Halal kerana Jakim tiada kemampuan untuk membuat pemantauan berterusan keatas beratus ribu jenis produk di negara kita. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berusaha bertolongan dalam urusan yang baik ini.
Kepada pengusaha-pengusaha ayam di luar sana, pastikan ayam anda Halal dan selamat untuk dimakan oleh sebahagian besar Muslim dinegara ini. Bagi mereka yang ada kemampuan, usahakanlah projek menternak ayam secara besar-besaran dan jadikan ianya sebagai suatu Jihad untuk kepentingan Ummah sejagat.

No comments:

Post a Comment