Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)
Sedar tak sedar Malaysia dah menganjurkan Pameran Barang Dagangan Halal Sedunia buat kali yang ke-7. Pameran ini berlangsung di perkarangan MATRADE Jalan Duta bermula 23 Jun 2010 dan berakhir pada 27 Jun 2010.
Buat sekelian kalinya Team d'Bayu telah mengambil bahagian dalam pameran berprestij ini. Peluang yang ada bersama Noraini's Cookies digunakan sebaik mungkin dalam memastikan produk d'Bayu mendapat tempat dihati pengunjung MIHAS.
Hari pertama menyaksikan satu respon yang sangat positif daripada pengunjung. Rata-rata sangat teruja dengan produk yang dikatakan unik dan baru bagi mereka. Walaubagaimanapun, jualan tidak mencapai target kerana keadaan ini adalah normal mengikut pengalaman lepas yang diceritakan Noraini Cookies.
2 hari terakhir, stok d'bayu tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang membanjiri dewan pameran. Kami terpaksa akur dengan keadaan tersebut memandangkan kami tidak mampu menghasilkan stok dalam kuantititi yang banyak.
Pendek kata, MIHAS pada tahun ni memberikan seribu satu pengajaran kepada pangusaha baru seperti kami. Banyak peluang perniagaan untuk diteroka termasuklah dalam aspek import-export. Semoga MIHAS 2011 tidak akan mengecewakan Team d'Bayu.