Wednesday, September 14, 2011

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

12 September 2011 jam 8.30 malam, di Tv al-Hijrah saluran 114 astro, sebuah rancangan dokumentari telah ke udara menceritakan keperitan hidup seorang wanita yg mengambil tugas ketua keluarga menyara hidup mereka anak beranak. Puan Hamidah Zura, seorang wanita yg cekal merupakan pengusaha bahulu tradisional. Selama 6 tahun beliau mengusahakan bahulu secara kecil-kecilan.



Berkat usaha gigih Puan Hamidah, YBK - Yayasan Basmi Kemiskinan melalui Bank Islam terpanggil untuk membantu wanita ini dengan menyalurkan wang zakat berjumlah RM7,000.00. Melalui sumbangan yg diberikan, sedikit sebanyak dapat membantu beliau dan keluarganya mengurangkan bebanan kos sara hidup.



Tv al-Hijrah ataupun lebih tepat lagi, Team Man Jadda Wa Jada mengambil kesempatan ini bagi memanfaatkan lagi sumbangan yang diberikan untuk jangkamasa panjang. Melalui panggilan telefon pada suatu pagi, Bahulu Berinti d'Bayu telah bersetuju untuk bersama-sama menjayakan projek ala Bersamamu TV3 ini.

Bahulu d'Bayu diberikan amanah untuk mengajar Puan Hamidah menghasilkan bahulu berinti. Disebabkan resepi bahulu berinti ini adalah rahsia syarikat, Puan Hamidah telah digazetkan sebagai francais d'Bayu cawangan Batu Kikir N9. Saya gelarkannya sebagai "Special Branch" kerana penyertaan francais kali ini mendapat liputan media.



Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Hamidah dan berbanyak terima kasih pihak YBK-BIMB dan Man Jadda Wa Jada-Tv al-Hijrah. Semoga dengan sedikit usaha kita ini, menghasilkan pulangan yang hebat buat diri dan masyarakat.

p/s: Rakaman penuh program ini akan di 'upload' kan nanti bagi anda yg ingin menonton rancangan yg dihoskan oleh pengacara Heliza Helmi ini.

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

Promo

News

PART-TIMER

PART-TIMER
Jom sertai kami sebagai pengedar. MODAL TIDAK DIPERLUKAN!! Hanya perlu mendapatkan tempahan dan anda akan mendapat komisen antara 15-35%. Sangat mudah bukan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN
apa lagi..jom la rasa.
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.

Istimewa untuk majlis-majlis rasmi

Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.

Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.

BDB B 001 - BDB B 003

HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit :
RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit :
RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit :
RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit :
RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti

BDB B 001

BDB B 001

BDB B 002

BDB B 002

BDB B 003

BDB B 003

Banyak lagi pilihan..

Sila klik pada Cenderamata