Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan..Kullu 'aam wa antum bikhoir.
Kami mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan penuh rahmat Bulan Ramadhan.
Saya berdoa dan berharap agar saya dan anda semua dipanjangkan umur diberikan kesempatan waktu dan kesihatan untuk terus bersama dengan tetamu agung ini. Bersamalah kita lipat gandakan amalan kerana ganjaran dan bonus yang tersangat istimewa Allah sediakan buat hambanya khusus hanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Bulan Ramadhan juga bukan sahaja menjanjikan berjuta rahmat dan kebaikan bagi sisi amal ibadah semata, bahkan bulan yang penuh barakah ini membawa keberkatan dalam mencari rezeki didunia. Oleh yang demikian, saya berpesan kepada diri dan pengunjung sekalian agar turut sama melipatgandakan aktiviti pekerjaan harian kita dengan niat mencari rezeki yang halal dan insyaAllah ianya turut dikira sebagai ibadah disisi Allah s.w.t.
Jangan sesekali menjadikan lapar dan dahaga dibulan puasa sebagai alasan untuk menjadi pasif dan lemah dalam melaksanakan tugasan seharian.
Bagi kami pihak pengusaha bahulu berinti d'Bayu, sebagaimana tahun-tahun yang sudah, kami perlu menyiapkan diri dengan persiapan mental dan fizikal yang padu bagi menyiapkan ratusan ribu malahan mungkin jutaan biji bahulu sempena musim perayaan.
Persiapan bagi tahun ini perlu ditingkatkan kerana promosi kami telah berkembang lebih jauh setelah mendapat perhatian pihak akhbar di minggu terakhir Syaaban sebelum melangkah ke bulan Ramadhan. Kami mengharapkan para pelanggan agar membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan.
No comments:
Post a Comment