Pecah tradisi..
itulah ungkapan yang telah di 'highlight' kan di skrin tv dalam slot Bisnes Alternatif terbitan Astro Awani
Pada hari Sabtu, 17 Ogos 2013 yang lalu, telah diadakan satu rakaman bual bicara di premis Bahulu Cafe Jalan Gombak. Rakaman berdurasi lebih kurang 15minit itu telah pun disiarkan di saluran 501 Astro Awani pada Hari Isnin 19 Ogos 2013 jam 11.30 malam.
Selama tempoh lebih kurang 15minit, banyak yang mampu dikongsi oleh saya namun ada banyak lagi perkara yang masih boleh dikongsi dalam perbualan tersebut. Walaubagaimanapun, respon penonton melalui rancangan ini cukup memberikan kepuasan kerana saya semakin hampir menuju matlamat.
kali ini pihak kami terus nekad dan bersemangat untuk betul-betul memecahkan tradisi lama dimana bahulu ini dianggap sebagai makanan tradisional. Kami akan terus mengekalkan keaslian produk ini namun satu momentum baru akan memecahkan tradisi ini menjadikan ia satu produk makanan harian seiring dengan snek harian yang lain
Nantikan gelombang d'Bayu yang bakal menjengah kawasan berhampiran anda tidak lama lagi. Doakan kami!
BAHULU BERINTI PECAH TRADISI