Ntah kenapa dari dulu2 lagi tanpa dirancang boleh terlibat secara tak langsung dengan upin ipin..mcm ada chemistry plak. .
2 tahun sudah, pada tahun 2010 melalui MIHAS (pameran perdagangan halal antarabangsa '10) kami mendapat offer job yg agak besar daripada sebuah hotel 5 stars..tidak kurang 48000biji bahulu kami proses pada masa tersebut sepanjang bulan Ramadhan 1431H.
Pada tahun ni 2012, sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sekali lagi Bahulu Berinti d'bayu mendapat perhatian sebuah syarikat pengurusan (event management) dengan tempahan yang agak mengujakan. Job kali ni secara tidak langsung berkait dengan pembabitan maskot siri animasi ipin dan ipin. tidak kurang 10000biji bahulu perlu dibekalkan sepanjang hujung minggu di bulan yang mulia ini.
Kepada semua pelanggan kami, jutaan kemaafan dan terima kasih sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Bagi yang berada sekitar KL, jika nk shoping baju raya ke apa, boleh lah berkunjung ke Wangsa Walk Mall bersama anak2..jika benasib baik, dapatlah special gift daripada upin n ipin nanti..
Semoga kemeriahan kita menyambut lebaran yg bakal tiba tidak menjadikan kita golongan yg lalai mencari dan mengejar redha Ilahi dalam setiap tingkah laku dan perbuatan kita sepanjang Ramadhan bulan yg penuh keberkatan dan keampunan Allah ini..
P/S: Upin n Ipin dijadualkan berada di Wangsa Walk Mall setiap hujung minggu (Sabtu&Ahad) bermula pada 18 Julai 2012.
- 18/19 Julai 2012
- 4/5 Ogos 2012
- 11/12 Ogos 2012
- 18/19 Ogos 2012
Kepada yg bernasib baik dapat special gift ini, hope anda berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan kami. :-)