Bahulu segar dengan sentuhan baru!
Alhamdulillah..setelah sekian lama beroperasi, kini Bahulu Berinti d'Bayu mengorak langkah sekali lagi dengan suntikan nafas baru dalam aspek penjanamaan dan promosi. Jenama dan resipi masih kekal sama dan yang paling penting ianya asli dan tulen segar dari oven.
Kali ini, hanya logo dan susun atur stiker produk kami yang mendapat sedikit pengubahsuaian. tindakan ini diambil selari dengan perkembangan dunia yang semakin berubah kearah yang lebih elegan.
Produk kami...macam biasa..
Dan stiker produk kami...
Ucapan jutaan terima kasih buat semua pihak termasuk pelanggan kami yang sentiasa memberikan sokongan. Sebagai balasan, kami akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik buat semua..
Jangan lupa lawat store online kami dengan klik page facebook disebelah :-)
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.
Istimewa untuk majlis-majlis rasmi
Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.
Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.
BDB B 001 - BDB B 003
HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit : RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit : RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit : RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit : RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tahniah coz dh jd usahawan bumi yg berjaya.. harap dpt sokongn pn juga..sy baru juga bru mengorak langkah spt pn..:>
ReplyDeletePuan Ruhidah..terima kasih.Alhamdulillah dgn izin Allah.Puan buat bisnes bakery jgak ke
DeleteSalam, saya biasa buat baulu utk mkn2 je.. ramuan saya masukkan perasa pisang sekali....respi basic baulu adakah perlu masukkan apa2 perasa? blh share ..
ReplyDeleteWslam.
DeleteJarang saya dengar guna perasa pisang. Kebiasaannya boleh guna essen vanilla ataupun sunquick.
hihi yeke patut pun rasa macam kek je baulu saya....dulu kt kg guna prsa kuning....tpi xingt nama apaa..tq tuan sudi share..
Delete