Mengambil semangat bulan Rabi'ul Awwal bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., team d'Bayu meneruskan usaha penuh azam dan iltizam meluaskan lagi pasaran produk utama kami "Bahulu Berinti d'Bayu" dengan cara turun padang membekalkan stok ke kedai-kedai runcit dan restoran yang bersesuaian.
Sehingga kini (minggu pertama operasi) dengan kapasiti pengeluaran dan tenaga kerja yang kami miliki, puluhan kiosk dan kedai runcit diberi fokus sebagai pengedar runcit sekitar Gombak dan Batu Caves. Stok yang dibekalkan berupa bahulu pek 20biji perisa campur (Strawberry/Blueberry/Nenas).
Sementara itu kami juga sedang mencuba pasaran di restoran dan kedai makan yang bersesuaian. Setakat ini, percubaan awal membuahkan hasil yang memberangsangkan disamping komen positif daripada para pelanggan hasil penglibatan dengan sebuah kedai makan di kawasan Gombak Utara. Stok yang dibekalkan bagi pasaran ini berupa bahulu pek 4biji perisa campur yang dipamerkan bersama kotak simpanan berhias dengan poster dan gambar bahulu berinti.
Bagi mereka yang berminat menjadi pengedar runcit ataupun pengedar bergerak (dibekalkan kotak-seperti gambar di sebelah), dialu-alukan untuk menghubungi kami bagi urusan lebih lanjut.
0132826495 I 0361860932 I bayuland85@gmail.com I www.bahulu-inti.blogspot.com I Bahulu D'bayu Bahulu Inti
Bagi yang gemarkan pembelian secara online, boleh terus membuat tempahan kepada kami melalui saluran-saluran yang telah disediakan dan kami akan menghantar pesanan terus ke alamat pelanggan menggunakan perkhidmatan pos laju setelah pelanggan membuat bayaran.
Bahulu d'Bayu "Bila-bila masa dimana jua.." Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment