Tuesday, July 20, 2010

"Dalam susah banyak senang"

Seperti selepas hujan indahnya pelangi, begitulah kehidupan..banyak mana pun masalah dan ujian,tanpa kita sedari banyak lagi kesenangan yang kita perolehi. Begitulah yang dihadapi oleh setiap manusia didunia ini.

Begitu juga halnya dalam gerak kerja sesebuah perniagaan, sarat dengan pelbagai ujian dan pancaroba, namun, tidak ramai yang menyedari akan kebaikan yang terselindung disebalik kesusahan itu. Ramai antara pengusaha yang tidak sanggup berdepan dengan situasi yang memeritkan walhal apa yang sedang menanti dihadapan adalah sesuatu yang sangat baik untuk dirinya malah kepada orang lain.

Cukuplah sekadar memahami dan menghayati serta meyakini kebenaran hakikat..

"Sesungguhnya bersama-sama kesusahan banyaknya KESENANGAN."


Sunday, July 18, 2010

Belajar dari pengalaman

Kononnya-"Expo Produk 1 Malaysia"

Baru sahaja selesai mengosongkan tapak jualan yang tidak sepatutnya penuh di Dewan Tun Razak PWTC. Rata-rata pengusaha agak kecewa dengan sikap penganjur yang nak untung sorang-sorang. Bukan sekadar nak untung sorang, malah sanggup biarkan pengusaha tapak terkapai-kapai mengharapkan kebanjiran pengunjung ke PWTC selama 4 hari!

Awal-awal lagi Team d'Bayu sudah merasakan sesuatu yang tidak kena sebelum berlangsungnya expo selama 4 hari tersebut. Tidak ada 1 pun bunting mahupun banner yang biasanya dan sepatutnya digantung di tiang-tiang lampu jalan sebagai mempromosikan program yang akan dijalankan. Pendek kata, pihak penganjur langsung tidak mengendahkan aspek promosi yang sangat penting apatah lagi setelah duit tapak sudah pun dikutip.

Hasilnya, hampir semua pengusaha mendapat masalah besar untuk mendapat balik duit modal bagi kos produk masing-masing. Pihak penganjur juga berlepas tangan apabila pengusaha menuntut kembali bayaran tapak jualan,namun mereka enggan menuaikannya. Orang kata apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat..

Apapun, sebagai usahawan, kita tidak seharusnya berhenti hanya dengan secebis dugaan. Bila kita bersedia menjadi seorang usahawan, sifat BERUSAHA itu sepatutnya menjadi keutamaan. Untung rugi adalah biasa dalam perniagaan kerana itu adalah jalan menuju kejayaan..Tidak perlu kalut bila dilanda masalah kerana yang penting...

"9/10 daripada punca rezeki datangnya dari PERNIAGAAN"

Friday, July 16, 2010

20 Amalan dimurahkan rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

...Selamat BERAMAL...

Tuesday, July 13, 2010

KMG bersama Ulangtahun IKIM.FM yang ke-9

KMG bersama Ulangtahun IKIM.FM yang ke-9
Masih terasa lagi betapa meriahnya sambutan ulangtahun IKIM.FM ke-9 bersama Karnival Mahabbah Gaza yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 9-11 julai 2010 baru-baru ni.

Seperti yang dirancang, perjalanan Bahulu d'Bayu berjalan dengan baik atas Ehsan dan Rahmat dari-Nya. Seperti karnival-karnival sebelumnya, hari permulaan iaitu hari Jumaat tidak boleh dijadikan ukuran samada sesebuah karnival itu mendapat sambutan hebat ataupun sebaliknya. Begitu jugalah suasana yang berlaku pada KMG yang lepas. Pengunjung tidaklah begitu ramai sehinggalah selepas waktu Asar.

Senyuman terus terukir hingga hari berikutnya. Sabtu! Hari yang cukup panas tanpa sedikit pun titisan air hujan melainkan titisan peluh yang bercucuran. Mulut masih kuat untuk melontarkan senyuman kerana senyuman adalah senjata utama dalam perniagaan....:-).

Petang Sabtu orang ramai mula membanjiri gerai-gerai yang ada. Jualan meningkat berganda berbanding dengan hari Jumaat. Sebelah malamnya pihak IKIM + Rabbani menganjurkan konsert Gaza secara besar-besaran didalam Stadium Shah Alam. Jualan sepatutnya boleh menjadi diluar jangkaan namun suasana senja memberikan mesej yang jelas bahawasanya awan akan memuntahkan hujan.

Hujan renyai-renyai mula menghambat pengunjung masuk ke dalam Stadium Malawati yang semestinya selamat dari dibasahi hujan. Seperti yang dijangkakan jualan pada sebelah malam tidak dapat menandingi jualan sebelah petang memandangkan hujan turun tanpa henti walaupun tidak selebat hujan yang turun di Stadium Muhammad ke-IV Kota Bharu tempoh hari sempena dengan Festival Rakyat. Alhamdulillah...

Ahad adalah hari kemucak bagi sesebuah Karnival lebih-lebih lagi yang bertapak di sekitar Stadium Shah Alam. Seperti yang dijangkakan, pengunjung ramai bertandang semenjak gerai mula dibuka pada waktu pagi lagi. Sebelah petangnya kami mengadakan jualan lelong menyebabkan ada antara pengunjung yang kecewa kerana tidak sempat memebeli produk Bahulu d'Bayu sebelum ianya kehabisan stok.

Apapun Bahulu d'Bayu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi merasa kesedapan produk kami teruama artis-artis nasyid dan juga DJ-DJ radio IKIM.FM.

Temui kami di Stesen berikutnya...PWTC.


Thursday, July 1, 2010

"Stesen berikutnya..Stadium Malawati Shah Alam"


Langkah semakin berani..rentak semakin kemas..inilah nilai kekuatan sebuah pengalaman dalam perjalanan sesebuah percaturan.

MIHAS sudah pun berlalu pergi pada 27 Jun 2010. Sebuah stesen yang sarat dengan ilmu perniagaan. Kini perjalanan diteruskan lagi menuju ke stesen yang lain. "Stesen berikutnya..Stadium Malawati Shah Alam" Karnival Mahabbah Gazza (KMG) 9-11 Julai 2010.


Tapak gerai telahpun ditempah menandakan pengusaha sedang membuat persiapan yang cukup hasil daripada pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di stesen MIHAS. Stesen KMG kali ini akan menyaksikan satu persembahan jualan yang lebih baik daripada yang sebelum ini.

Yang pasti meja promosi akan sentiasa penuh dengan stok bahulu berinti bersama sample @ tester yang mencukupi untuk kpuasan pengunjung. Kita juga akan menyediakan bahulu segar dari oven yang pasti memukau deria bau pengunjung yang berhampiran.

Semoga stesen ini akan memberikan pulangan yang terbaik sebelum meneruskan perjalanan ke stesen berikutnya..

* Stesen Ramadhan adalah stesen yang TERSANGAT ISTIMEWA - fiddunya wal-Akhirah

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

Promo

News

PART-TIMER

PART-TIMER
Jom sertai kami sebagai pengedar. MODAL TIDAK DIPERLUKAN!! Hanya perlu mendapatkan tempahan dan anda akan mendapat komisen antara 15-35%. Sangat mudah bukan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN
apa lagi..jom la rasa.
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.

Istimewa untuk majlis-majlis rasmi

Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.

Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.

BDB B 001 - BDB B 003

HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit :
RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit :
RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit :
RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit :
RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti

BDB B 001

BDB B 001

BDB B 002

BDB B 002

BDB B 003

BDB B 003

Banyak lagi pilihan..

Sila klik pada Cenderamata