Wednesday, February 22, 2017

Siap pos laju! Hanya RM25.00

Assalamualaikum hai semua..

Memandangkan dah ramai pelanggan kami yang sudah merasai sendiri macamana rasanya produk bahulu inti ini, kami berasa semakin teruja untuk memburu seramai mungkin rakyat Malaysia turut sama merasai keenakan produk jenama Bahulu dBayu.

Kami berani jamin, hanya sekitar 1-3% sahaja daripada rakyat Malaysia yang pernah rasa sendiri produk ini dan kurang 10% yang tahu kewujudan BAHULU INTI di Malaysia.

Justeru, bagi melebarkan lagi peratus yang berbaki, kami sediakan satu slot baharu dalam segmen pengeposan. Hanya dengan RM25.00 para pelanggan dapat menikmati 4 pek bahulu inti pek premium pelbagai perisa.


Kami sentiasa menghasilkan stok baru. Produk ini boleh bertahan selama dua minggu dan keatas.

Bahulu dBayu..Lembut Enak Lain macam..


Whatsapp "Poslaju 4pax" ke 0132826495 untuk tempahan.

Monday, February 6, 2017

JUALAN PECAH KOTAK! Set Combo 4 Pek

Hai semua. 

Seperti biasa pada setiap hari Selasa dan Jumaat, Bahulu dBayu akan mengadakan jualan langsung di tapak promosi Pasar Tani Mega Putrajaya.

Kalau angpa ada pusing-pusing area situ, terus je pergi kawasan kanopi kaler oren. InsyaAllah anda akan nampak gerai jualan Bahulu dBayu yang penuh warna warni keriangan.

Oleh itu, bermula Selasa ini 07.02.2017 Bahulu dBayu akan melancarkan JUALAN PECAH KOTAK dan anda pasti mendapat harga yang tersangat istimewa jika membeli set Combo 4 pek.




Apa yang istimewanya set Combo 4 pek ni? 

Pertamanya..sekiranya anda belum pernah mencuba rasa Bahulu Inti dBayu walaupun sekali, sudah pasti set Combo ini dapat memenuhi citarasa anda kerana didalam satu set anda boleh rasa semua jenis bahulu inti iaitu:

- Bahulu Inti Strawberry
- Bahulu Inti Blueberry
- Bahulu Inti Chocolate
- Bahulu Inti Pineapple

Keduanya..semestinya harga set Combo ini ternyata murah kerana ianaya adalah promosi.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan set Combo 4 pek ini hanya di Pasar Tani Mega Putrajaya Presint 3 (Belakang Istana Kehakiman).

Bahulu dBayu...Lembut Enak Lain Macam..

2017 - Pengedar dan Dropshipper - Jual 1 set untung RM10!

Salam sejahtera buat semua pelayar Bahulu dBayu.

Bahulu dBayu kini pada tahun 2017 melangkah dengan lebih jauh dalam memperluaskan lagi empayar perniagaan produk Bahulu Inti.





Sempena awal tahun 2017 iaitu tahun yang diakatakan ramai orang sebagai tahun yang begitu mencabar, kami dengan ini berbesar hati membuka peluang kepada mana-mana warganegara yang berkelayakan bagi mendaftarkan diri sebagai pengedar dan juga dropshipper.

Setakat ini, keupayaan pengeluaran produk kami dalam sehari boleh mencapai jumlah 6000 biji. Kami masih mampu menghasilkan stok yang melebihi had tersebut dengan menambah waktu jam bekerja dalam sehari.

Bagi memastikan permintaan dan pengeluaran produk berada pada kedudukan yang seimbang, kami masih memerlukan anda semua sebagai pengedar dan dropshipper sah kami dalam memperdagangkan satu sistem trading yang bakal menguntungkan semua pihak.

Secara asas, dengan menjadi seorang Dropshipper Bahulu Inti dBayu, anda mampu meraih keuntungan bersih sebanyak RM10 bagi jualan 1 set Bahulu Inti pelbagai rasa tanpa perlu menyimpan stok walaupun sepeket.

Hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

013 282 6495

Sunday, February 5, 2017

Packaging TERKINI 2017

Setelah beberapa kali menaiktaraf dalam aspek pembungkusan, kini Bahulu dBayu sekali lagi tampil dengan gaya pembungkusan yang lebih dinamik dan elegan. 


Pembungkusan baharu ini menelan belanja yang agak tinggi melebihi RM15,000.00

Namun, bagi memberikan kepuasan yang optimum buat pelanggan semua kami telah melabur sebahagian besar daripada kos projek bagi menjayakan misi dan impian ini.

Semoga Bahulu dBayu sentiasa melalui proses untuk berkembang menjadi lebih baik dan terbaik!

Bahulu Inti 2017

Alhamdulillah...

Setelah hampir 4 tahun tidak aktif mengendalikan blog ini, hari ni diberi peluang ada rezeki dapat update blog ni buat sekelian lamanya.

Semuanya ini gara-gara teknologi yang semakin canggih. Kewujudan Facebook dan Instagram telah memberikan impak yang besar kepada dunia blogging. Namun, sebenarnya peranan blog ini tidak boleh dinafikan dalam menyampai dan memberikan input pantas kepada para pengguna.

InsyaAllah, admin akan cuba meniupkan kembali roh dan aura positif dalam mengisi kekosongan yang telah lama ditinggalkan sebelum ini. Begitu banyak perkembangan yang akan admin kongsikan sepanjang 4 tahun terakhir ini dalam melebarkan empayat Bahulu d'Bayu ini.



Salam tahun baru 2017. Kita jumpa lagi dalam masa terdekat insyaAllah!

Tuesday, August 20, 2013

BAHULU BERINTI PECAH TRADISI

Pecah tradisi..

itulah ungkapan yang telah di 'highlight' kan di skrin tv dalam slot Bisnes Alternatif terbitan Astro Awani



Pada hari Sabtu, 17 Ogos 2013 yang lalu, telah diadakan satu rakaman bual bicara di premis Bahulu Cafe Jalan Gombak. Rakaman berdurasi lebih kurang 15minit itu telah pun disiarkan di saluran 501 Astro Awani pada Hari Isnin 19 Ogos 2013 jam 11.30 malam.

Selama tempoh lebih kurang 15minit, banyak yang mampu dikongsi oleh saya namun ada banyak lagi perkara yang masih boleh dikongsi dalam perbualan tersebut. Walaubagaimanapun, respon penonton melalui rancangan ini cukup memberikan kepuasan kerana saya semakin hampir menuju matlamat.

kali ini pihak kami terus nekad dan bersemangat untuk betul-betul memecahkan tradisi lama dimana bahulu ini dianggap sebagai makanan tradisional. Kami akan terus mengekalkan keaslian produk ini namun satu momentum baru akan memecahkan tradisi ini menjadikan ia satu produk makanan harian seiring dengan snek harian yang lain

Nantikan gelombang d'Bayu yang bakal menjengah kawasan berhampiran anda tidak lama lagi. Doakan kami!




BAHULU BERINTI PECAH TRADISI




Tuesday, July 9, 2013

Promosi Akhbar Ambang Ramadhan 2013M / 1434H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan..Kullu 'aam wa antum bikhoir. 
Kami mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan penuh rahmat Bulan Ramadhan. 

Saya berdoa dan berharap agar saya dan anda semua dipanjangkan umur diberikan kesempatan waktu dan kesihatan untuk terus bersama dengan tetamu agung ini. Bersamalah kita lipat gandakan amalan kerana ganjaran dan bonus yang tersangat istimewa Allah sediakan buat hambanya khusus hanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Bulan Ramadhan juga bukan sahaja menjanjikan berjuta rahmat dan kebaikan bagi sisi amal ibadah semata, bahkan bulan yang penuh barakah ini membawa keberkatan dalam mencari rezeki didunia. Oleh yang demikian, saya berpesan kepada diri dan pengunjung sekalian agar turut sama melipatgandakan aktiviti pekerjaan harian kita dengan niat mencari rezeki yang halal dan insyaAllah ianya turut dikira sebagai ibadah disisi Allah s.w.t.

Jangan sesekali menjadikan lapar dan dahaga dibulan puasa sebagai alasan untuk menjadi pasif dan lemah dalam melaksanakan tugasan seharian.

Bagi kami pihak pengusaha bahulu berinti d'Bayu, sebagaimana tahun-tahun yang sudah, kami perlu menyiapkan diri dengan persiapan mental dan fizikal yang padu bagi menyiapkan ratusan ribu malahan mungkin jutaan biji bahulu sempena musim perayaan. 

Persiapan bagi tahun ini perlu ditingkatkan kerana promosi kami telah berkembang lebih jauh setelah mendapat perhatian pihak akhbar di minggu terakhir Syaaban sebelum melangkah ke bulan Ramadhan. Kami mengharapkan para pelanggan agar membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan.



Friday, June 14, 2013

Dunia Pelangi

Selamat datang ke dunia pelangi anda. Kami cuba menyediakan perkhidmatan terbaik bagi mewarnai kemeriahan majlis keramaian anda.


Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan kami sebelum ini. Semoga anda berbahagia dan berpuas hati dengan produk yang kami hasilkan.



Kami akan suburkankan azam dan iltizam untuk terus meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa. Pelbagai pakej menarik sedang kami usahakan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Kami juga akan membuka peluang perniagaan buat anda diluar sana dengan menyediakan pelbagai pakej mampu milik sesuai dengan pilihan anda.

Jenama d'Bayu akan terus menular di pasaran tempatan dan antarabangsa bagi menyahut cabaran persaingan dalam bidang perusahaan makanan. Bersama kami tempuhinya!

INGAT BAHULU INGAT D'BAYU

"Bila-bila masa, dimana jua.."



Tuesday, April 9, 2013

Mini Bahulu Cafe

Setelah beberapa bulan menjalankan operasi membekalkan bahulu ke kedai-kedai runcit berhampiran, Alhamdulillah diberikan peluang dan keizinan oleh Allah S.W.T. untuk meluaskan lagi pasaran bahulu dengan menjalankan perniagaan secara terus dengan pelanggan melalui premis perniagaan kami yang baru.



Premis ini mula beroperasi pada 8 April 2013. Lokasi premis yang agak strategik memberikan kelebihan kepada perusahaan bahulu berinti untuk terus dikenali masyarakat awam dengan labih meluas.

Premis ini terletak betul-betul di bahu jalan utama KM11 Batu 7 Jalan Gombak. Kawasan sekitar dikelilingi beberapa buah kedai makan dan kedai runcit serta beberapa buah sekolah yang terletak disebelah dan seberang jalan premis. 



Kehadiran kami yang mula beroperasi pada hari pertama membuatkan masyarakat sekeliling masih tertanya-tanya berkenaan perkhidmatan yang kami sediakan. Dengan pembukaan premis ini, pelanggan dapat terus menikmati keenakan bahulu berinti secara langsung dan pada masa yang sama mendapat informasi berkenaan perkhidmatan kami yang berkaitan.

Kepada anda yang berdekatan, dijemput ke premis kami yang dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 10.30 pagi hingga 6.45 petang. Bagi yang gemarkan bahulu panas anda boleh datang pada 3 waktu yang berikut:
1) 11.00pagi
2) 3.30 petang
3) 5.00 petang



Kami akan terus mempertingkatkan kemudahan kepada pelanggan dari masa ke semasa.


 

Tuesday, January 29, 2013

Bahulu Cafe in da House..


Ya...memang tak salah apa yang anda tengok ni memang wujud dan ada...Bahulu Inti! Kegemaran ramai..



Kini anda boleh nikmati bahulu berinti dengan suasana cafe dalam rumah sendiri. Dengan penyediaan mudah, nikmati keenakannya bersama keluarga..





Nah!..ni ddya...snek yang sangat sedap!






tak perlu susah-susah, buat saja tempahan, kami akan pos terus kealamat anda. 

harga bahulu coklat 100biji RM60 siap pos.
selain bahulu coklat 100biji RM40 siap pos.

Selamat mencuba!...



Thursday, January 24, 2013

Jalan-Jalan Cari Pasaran

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam. -Post ini ditulis pada malam 12 Rabi'ul Awwal 1434H sempena ulangtahun kelahiran Baginda ar-Rasul Sallallahu 'alaihi Wasallam.


Mengambil semangat bulan Rabi'ul Awwal bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., team d'Bayu meneruskan usaha penuh azam dan iltizam meluaskan lagi pasaran produk utama kami "Bahulu Berinti d'Bayu" dengan cara turun padang membekalkan stok ke kedai-kedai runcit dan restoran yang bersesuaian.



Sehingga kini (minggu pertama operasi) dengan kapasiti pengeluaran dan tenaga kerja yang kami miliki, puluhan kiosk dan kedai runcit diberi fokus sebagai pengedar runcit sekitar Gombak dan Batu Caves. Stok yang dibekalkan berupa bahulu pek 20biji perisa campur (Strawberry/Blueberry/Nenas).


Sementara itu kami juga sedang mencuba pasaran di restoran dan kedai makan yang bersesuaian. Setakat ini, percubaan awal membuahkan hasil yang memberangsangkan disamping komen positif daripada para pelanggan hasil penglibatan dengan sebuah kedai makan di kawasan Gombak Utara. Stok yang dibekalkan bagi pasaran ini berupa bahulu pek 4biji perisa campur yang dipamerkan bersama kotak simpanan berhias dengan poster dan gambar bahulu berinti.


Bagi mereka yang berminat menjadi pengedar runcit ataupun pengedar bergerak (dibekalkan kotak-seperti gambar di sebelah), dialu-alukan untuk menghubungi kami bagi urusan lebih lanjut. 





0132826495 I 0361860932 I bayuland85@gmail.com I www.bahulu-inti.blogspot.com I Bahulu D'bayu Bahulu Inti




Bagi yang gemarkan pembelian secara online, boleh terus membuat tempahan kepada kami melalui saluran-saluran yang telah disediakan dan kami akan menghantar pesanan terus ke alamat pelanggan menggunakan perkhidmatan pos laju setelah pelanggan membuat bayaran.

Bahulu d'Bayu "Bila-bila masa dimana jua.." Selamat mencuba..

Tuesday, January 15, 2013

Make it easy...Order bahulu:pilih saluran anda!


Kini, para pelanggan mempunyai pelbagai saluran untuk membuat tempahan mengikut keselesaan anda!





0132826495 / 0361860932

1

Untuk respon yang cepat dan tepat sila berhubung terus melalui panggilan telefon





2

Mungkin memberikan lebih keselesaan bagi anda, tiada masalah untuk berhubung dengan kami melalui SMS





3

Punyai kemudahan internet, boleh berhubung melalui aplikasi Wassap secara PERCUMA!





4

Boleh juga terus menghantar butiran tempahan melalui email ke bayuland85@gmail.com





5

Untuk lebih terperinci, isikan sahaja borang tempahan di https://www.facebook.com/pages/Bahulu-Dbayu-Bahulu-Inti/143195749025982?sk=app_251458316228




6

Lokasi kami di No 20 Lot 2048 Batu 10 Jalan Gombak 53100 Selangor (Jalan lama ke Bentong).
Anda boleh terus berkunjung ke premis kami untuk melihat pilihan produk dan servis kami secara langsung.




Kami mengalu-alukan pelanggan yang berminat dengan produk dan perkhidmatan kami untuk menggunakan segala saluran yang disediakan bagi memudahkan pihak anda dan kami menjalankan urusan. terima kasih atas segala sokongan dan perhatian yang diberikan keatas produk keluaran syarikat kami.


Monday, October 8, 2012

Bahulu segar dengan sentuhan baru!

Alhamdulillah..setelah sekian lama beroperasi, kini Bahulu Berinti d'Bayu mengorak langkah sekali lagi dengan suntikan nafas baru dalam aspek penjanamaan dan promosi. Jenama dan resipi masih kekal sama dan yang paling penting ianya asli dan tulen segar dari oven. 

Kali ini, hanya logo dan susun atur stiker produk kami yang mendapat sedikit pengubahsuaian. tindakan ini diambil selari dengan perkembangan dunia yang semakin berubah kearah yang lebih elegan.

Produk kami...macam biasa..



Dan stiker produk kami...



Ucapan jutaan terima kasih buat semua pihak termasuk pelanggan kami yang sentiasa memberikan sokongan. Sebagai balasan, kami akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik buat semua..

Jangan lupa lawat store online kami dengan klik page facebook disebelah :-)

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

Promo

News

PART-TIMER

PART-TIMER
Jom sertai kami sebagai pengedar. MODAL TIDAK DIPERLUKAN!! Hanya perlu mendapatkan tempahan dan anda akan mendapat komisen antara 15-35%. Sangat mudah bukan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN
apa lagi..jom la rasa.
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.

Istimewa untuk majlis-majlis rasmi

Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.

Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.

BDB B 001 - BDB B 003

HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit :
RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit :
RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit :
RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit :
RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti

BDB B 001

BDB B 001

BDB B 002

BDB B 002

BDB B 003

BDB B 003

Banyak lagi pilihan..

Sila klik pada Cenderamata