Tuesday, April 9, 2013

Mini Bahulu Cafe

Setelah beberapa bulan menjalankan operasi membekalkan bahulu ke kedai-kedai runcit berhampiran, Alhamdulillah diberikan peluang dan keizinan oleh Allah S.W.T. untuk meluaskan lagi pasaran bahulu dengan menjalankan perniagaan secara terus dengan pelanggan melalui premis perniagaan kami yang baru.



Premis ini mula beroperasi pada 8 April 2013. Lokasi premis yang agak strategik memberikan kelebihan kepada perusahaan bahulu berinti untuk terus dikenali masyarakat awam dengan labih meluas.

Premis ini terletak betul-betul di bahu jalan utama KM11 Batu 7 Jalan Gombak. Kawasan sekitar dikelilingi beberapa buah kedai makan dan kedai runcit serta beberapa buah sekolah yang terletak disebelah dan seberang jalan premis. 



Kehadiran kami yang mula beroperasi pada hari pertama membuatkan masyarakat sekeliling masih tertanya-tanya berkenaan perkhidmatan yang kami sediakan. Dengan pembukaan premis ini, pelanggan dapat terus menikmati keenakan bahulu berinti secara langsung dan pada masa yang sama mendapat informasi berkenaan perkhidmatan kami yang berkaitan.

Kepada anda yang berdekatan, dijemput ke premis kami yang dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 10.30 pagi hingga 6.45 petang. Bagi yang gemarkan bahulu panas anda boleh datang pada 3 waktu yang berikut:
1) 11.00pagi
2) 3.30 petang
3) 5.00 petang



Kami akan terus mempertingkatkan kemudahan kepada pelanggan dari masa ke semasa.


 

Tuesday, January 29, 2013

Bahulu Cafe in da House..


Ya...memang tak salah apa yang anda tengok ni memang wujud dan ada...Bahulu Inti! Kegemaran ramai..



Kini anda boleh nikmati bahulu berinti dengan suasana cafe dalam rumah sendiri. Dengan penyediaan mudah, nikmati keenakannya bersama keluarga..





Nah!..ni ddya...snek yang sangat sedap!






tak perlu susah-susah, buat saja tempahan, kami akan pos terus kealamat anda. 

harga bahulu coklat 100biji RM60 siap pos.
selain bahulu coklat 100biji RM40 siap pos.

Selamat mencuba!...



Thursday, January 24, 2013

Jalan-Jalan Cari Pasaran

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam. -Post ini ditulis pada malam 12 Rabi'ul Awwal 1434H sempena ulangtahun kelahiran Baginda ar-Rasul Sallallahu 'alaihi Wasallam.


Mengambil semangat bulan Rabi'ul Awwal bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., team d'Bayu meneruskan usaha penuh azam dan iltizam meluaskan lagi pasaran produk utama kami "Bahulu Berinti d'Bayu" dengan cara turun padang membekalkan stok ke kedai-kedai runcit dan restoran yang bersesuaian.



Sehingga kini (minggu pertama operasi) dengan kapasiti pengeluaran dan tenaga kerja yang kami miliki, puluhan kiosk dan kedai runcit diberi fokus sebagai pengedar runcit sekitar Gombak dan Batu Caves. Stok yang dibekalkan berupa bahulu pek 20biji perisa campur (Strawberry/Blueberry/Nenas).


Sementara itu kami juga sedang mencuba pasaran di restoran dan kedai makan yang bersesuaian. Setakat ini, percubaan awal membuahkan hasil yang memberangsangkan disamping komen positif daripada para pelanggan hasil penglibatan dengan sebuah kedai makan di kawasan Gombak Utara. Stok yang dibekalkan bagi pasaran ini berupa bahulu pek 4biji perisa campur yang dipamerkan bersama kotak simpanan berhias dengan poster dan gambar bahulu berinti.


Bagi mereka yang berminat menjadi pengedar runcit ataupun pengedar bergerak (dibekalkan kotak-seperti gambar di sebelah), dialu-alukan untuk menghubungi kami bagi urusan lebih lanjut. 





0132826495 I 0361860932 I bayuland85@gmail.com I www.bahulu-inti.blogspot.com I Bahulu D'bayu Bahulu Inti




Bagi yang gemarkan pembelian secara online, boleh terus membuat tempahan kepada kami melalui saluran-saluran yang telah disediakan dan kami akan menghantar pesanan terus ke alamat pelanggan menggunakan perkhidmatan pos laju setelah pelanggan membuat bayaran.

Bahulu d'Bayu "Bila-bila masa dimana jua.." Selamat mencuba..

Tuesday, January 15, 2013

Make it easy...Order bahulu:pilih saluran anda!


Kini, para pelanggan mempunyai pelbagai saluran untuk membuat tempahan mengikut keselesaan anda!





0132826495 / 0361860932

1

Untuk respon yang cepat dan tepat sila berhubung terus melalui panggilan telefon





2

Mungkin memberikan lebih keselesaan bagi anda, tiada masalah untuk berhubung dengan kami melalui SMS





3

Punyai kemudahan internet, boleh berhubung melalui aplikasi Wassap secara PERCUMA!





4

Boleh juga terus menghantar butiran tempahan melalui email ke bayuland85@gmail.com





5

Untuk lebih terperinci, isikan sahaja borang tempahan di https://www.facebook.com/pages/Bahulu-Dbayu-Bahulu-Inti/143195749025982?sk=app_251458316228




6

Lokasi kami di No 20 Lot 2048 Batu 10 Jalan Gombak 53100 Selangor (Jalan lama ke Bentong).
Anda boleh terus berkunjung ke premis kami untuk melihat pilihan produk dan servis kami secara langsung.




Kami mengalu-alukan pelanggan yang berminat dengan produk dan perkhidmatan kami untuk menggunakan segala saluran yang disediakan bagi memudahkan pihak anda dan kami menjalankan urusan. terima kasih atas segala sokongan dan perhatian yang diberikan keatas produk keluaran syarikat kami.


Monday, October 8, 2012

Bahulu segar dengan sentuhan baru!

Alhamdulillah..setelah sekian lama beroperasi, kini Bahulu Berinti d'Bayu mengorak langkah sekali lagi dengan suntikan nafas baru dalam aspek penjanamaan dan promosi. Jenama dan resipi masih kekal sama dan yang paling penting ianya asli dan tulen segar dari oven. 

Kali ini, hanya logo dan susun atur stiker produk kami yang mendapat sedikit pengubahsuaian. tindakan ini diambil selari dengan perkembangan dunia yang semakin berubah kearah yang lebih elegan.

Produk kami...macam biasa..



Dan stiker produk kami...



Ucapan jutaan terima kasih buat semua pihak termasuk pelanggan kami yang sentiasa memberikan sokongan. Sebagai balasan, kami akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik buat semua..

Jangan lupa lawat store online kami dengan klik page facebook disebelah :-)

Friday, September 21, 2012

Klik! Mudah bukan?...

Sebagai penghargaan kepada pelanggan yang budiman sekalian, pihak kami menyediakan perkhidmatan terbaru bagi memudahkan pihak anda dan kami membuat urusan pembelian. 

order bahulu


Pelanggan boleh melawat kedai maya (online shop) kami melalui laman facebook http://www.facebook.com/bayulandmark/app_251458316228 


Hanya dengan klik, klik dan klik, anda dapat mengurus pembelian mengikut bajet yang anda inginkan. Semudah abc..


Jangan lupa 'like' store online kami di https://www.facebook.com/bayulandmark dan tekan SHOP untuk pembelian.

Nantikan produk-produk lain yang bakal menyusul!!

Sunday, August 5, 2012

Upin Ipin bersama Bahulu d'Bayu di Wangsa Walk Mall

Ntah kenapa dari dulu2 lagi tanpa dirancang boleh terlibat secara tak langsung dengan upin ipin..mcm ada chemistry plak. .







2 tahun sudah, pada tahun 2010 melalui MIHAS (pameran perdagangan halal antarabangsa '10) kami mendapat offer job yg agak besar daripada sebuah hotel 5 stars..tidak kurang 48000biji bahulu kami proses pada masa tersebut sepanjang bulan Ramadhan 1431H.


Pada tahun ni 2012, sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sekali lagi Bahulu Berinti d'bayu mendapat perhatian sebuah syarikat pengurusan (event management) dengan tempahan yang agak mengujakan. Job kali ni secara tidak langsung berkait dengan pembabitan maskot siri animasi ipin dan ipin. tidak kurang 10000biji bahulu perlu dibekalkan sepanjang hujung minggu di bulan yang mulia ini.



Kepada semua pelanggan kami, jutaan kemaafan dan terima kasih sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Bagi yang berada sekitar KL, jika nk shoping baju raya ke apa, boleh lah berkunjung ke Wangsa Walk Mall bersama anak2..jika benasib baik, dapatlah special gift daripada upin n ipin nanti..




Semoga kemeriahan kita menyambut lebaran yg bakal tiba tidak menjadikan kita golongan yg lalai mencari dan mengejar redha Ilahi dalam setiap tingkah laku dan perbuatan kita sepanjang Ramadhan bulan yg penuh keberkatan dan keampunan Allah ini..


P/S: Upin n Ipin dijadualkan berada di Wangsa Walk Mall setiap hujung minggu (Sabtu&Ahad) bermula pada 18 Julai 2012.
- 18/19 Julai 2012
- 4/5 Ogos 2012
- 11/12 Ogos 2012
- 18/19 Ogos 2012

Kepada yg bernasib baik dapat special gift ini, hope anda berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan kami. :-)

Wednesday, September 14, 2011

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

12 September 2011 jam 8.30 malam, di Tv al-Hijrah saluran 114 astro, sebuah rancangan dokumentari telah ke udara menceritakan keperitan hidup seorang wanita yg mengambil tugas ketua keluarga menyara hidup mereka anak beranak. Puan Hamidah Zura, seorang wanita yg cekal merupakan pengusaha bahulu tradisional. Selama 6 tahun beliau mengusahakan bahulu secara kecil-kecilan.



Berkat usaha gigih Puan Hamidah, YBK - Yayasan Basmi Kemiskinan melalui Bank Islam terpanggil untuk membantu wanita ini dengan menyalurkan wang zakat berjumlah RM7,000.00. Melalui sumbangan yg diberikan, sedikit sebanyak dapat membantu beliau dan keluarganya mengurangkan bebanan kos sara hidup.



Tv al-Hijrah ataupun lebih tepat lagi, Team Man Jadda Wa Jada mengambil kesempatan ini bagi memanfaatkan lagi sumbangan yang diberikan untuk jangkamasa panjang. Melalui panggilan telefon pada suatu pagi, Bahulu Berinti d'Bayu telah bersetuju untuk bersama-sama menjayakan projek ala Bersamamu TV3 ini.

Bahulu d'Bayu diberikan amanah untuk mengajar Puan Hamidah menghasilkan bahulu berinti. Disebabkan resepi bahulu berinti ini adalah rahsia syarikat, Puan Hamidah telah digazetkan sebagai francais d'Bayu cawangan Batu Kikir N9. Saya gelarkannya sebagai "Special Branch" kerana penyertaan francais kali ini mendapat liputan media.



Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Hamidah dan berbanyak terima kasih pihak YBK-BIMB dan Man Jadda Wa Jada-Tv al-Hijrah. Semoga dengan sedikit usaha kita ini, menghasilkan pulangan yang hebat buat diri dan masyarakat.

p/s: Rakaman penuh program ini akan di 'upload' kan nanti bagi anda yg ingin menonton rancangan yg dihoskan oleh pengacara Heliza Helmi ini.

Friday, August 12, 2011

PENEGASAN!





Penegasan: Bahulu Berinti d'Bayu merupakan produk original yang mana postur luarannya adalah lembut dan didalamnya ada jem yang cair. Sebarang bentuk sifat fizikal lain yang juga dikenali sebagai bahulu berinti bukanlah keluaran syarikat kami namun kemungkinan produk tersebut menggunakan sebahagian resepi Bahulu Berinti d'Bayu yang telah disalahgunakan untuk tujuan keuntungan sesetengah pihak. Pihak kami menjalankan perniagaan berkonsepkan francais dan tidak pernah menjual resepi bahulu inti original ini kepada mana-mana individu. Harap maklum.

Friday, June 24, 2011

Ketupat rendang kuih bahulu...

Keroncong Raya kini berbunyi menandakan masanya sudah tiba bagi kita Ummat Islam mempersiapkan diri dengan amal-amal soleh dan kebajikan sebagai persediaan menjalani ibadah dibulan Ramadhan dan seterusnya merayakan hari kebesaran Islam: 'Idul fitr.



Lagu yang sering kedengaran..ketupat rendang kuih bahulu, juadah yang sering dikaitkan dengan musim Perayaan. Hampir mustahil buat masa ini bagi kebanyakan orang Islam berbangsa Melayu terutamanya tidak mengenengahkan juadah ini pada Hari Raya Aidilfitri.

Seperti tahun-tahun yang sudah, Panglima Bayu Enterprise menawarkan kepada anda untuk merasai kelazatan produk bahulu kami lebih-lebih lagi apabila dinikmati beramai-ramai bersama keluarga pada Hari Raya nanti. Rasai kelainan pada perayaan kali ini dengan produk kami ini..


Selamat mencuba...

Friday, April 1, 2011

Mydin is coming


Assalamualaikum W.B.T.

Setelah beberapa tahun beroperasi, syarikat bakal menyambung kembali urusan membekalkan produk Bahulu Berinti d'Bayu ke Mydin seluruh negara. InsyaAllah anda boleh mendapatkan produk kami di Mydin berdekatan dengan anda.

Walaubagaimanapun, pembekalan stok akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dimana ianya hanya akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang sahaja. InsyaAllah berkat usaha kami dan doa kalian semua, produk ini akan memenuhi rak-rak roti di semua Mydin seluruh Malaysia.

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

Promo

News

PART-TIMER

PART-TIMER
Jom sertai kami sebagai pengedar. MODAL TIDAK DIPERLUKAN!! Hanya perlu mendapatkan tempahan dan anda akan mendapat komisen antara 15-35%. Sangat mudah bukan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN
apa lagi..jom la rasa.
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.

Istimewa untuk majlis-majlis rasmi

Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.

Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.

BDB B 001 - BDB B 003

HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit :
RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit :
RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit :
RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit :
RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti

BDB B 001

BDB B 001

BDB B 002

BDB B 002

BDB B 003

BDB B 003

Banyak lagi pilihan..

Sila klik pada Cenderamata