Saturday, February 20, 2010

FAMA - FAther and MAther?



Bila sebut perkataan FAMA, ramai yang menyangka ianya adalah singkatan kepada father+mother. Sindrom ini berleluasa terutamanya di kalangan pelajar IPT . Bila di tanya sahaja berkenaan scholarship @ biasiswa, bagi yang tidak mempunyai tajaan PTPTN @ pihak2 lain pasti akan kata : FAMA.
Artikel kali ini bukanlah satu medan untuk membahaskan isu tersebut. Malah itu merupakan perkara biasa. Apa yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah juga mengenai FAMA. Namun, FAMA yang dimaksudkan bukanlah sepertimana yang difahami diatas. FAMA disini bermaksud Federal Agricultural Marketing Authority. Dalam bahasa yang lebih canggihnya bermaksud Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Bagi mereka yang terlibat dengan Industri Asas Tani pasti sangat arif mengenai institusi ini.
FAMA merupakan sebuah intitusi dibawah Kementerian Pertanian Malaysia yang bertindak membantu para usahwan dalam meningkatkan mutu produk dan seterusnya meneroka pasaran bagi memastikan aliran stok berjalan lancar. Walaubagaimanapun, FAMA hanya bertindak sebagai memberi bantuan bukannya menjalankan operasi syarikat. Dengan kata lain, walaupun adanya bantuan daripada FAMA, usahawan tidak akan berhasil sekiranya tidak berusaha untuk maju ke hadapan.
Syarikat kami iaitu Panglima Bayu Enterprise, telah pun berdaftar secara rasmi dengan FAMA. Pendaftaran secara rasmi ini membuka peluang kepada syarikat untuk mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan pihak FAMA. Antara perkhidamatan yang telah ditawarkan ialah, menyertai pasar tani IAT selama sebulan dengan sewa tapak yang sangat rendah. Antara lain menyertai kursus-kursus tajaan FAMA secara percuma. Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus pemasaran, kursus Halal dan sebagainya.
Syarikat kami juga bakal mendapat projek pertama dalam masa yang terdekat. Sebagai produk yang berpotensi berada di pasaran domestik dan antarabangsa, FAMA memberikan bantuan dari segi penambahbaikan persembahan pembungkusan. Dengan adanya pembungkusan baru ini, diharapkan syarikat dapat pergi dengan lebih jauh meneroka pasaran didalam dan luar negara.
Akhir kata, penubuhan FAMA merupakan suatu penubuhan yang sangat diperlukan para usahawan untuk lebih maju. Begitu juga kewujudan FAMA (FAther+MAther) juga tersangatlah penting dalam memastikan kehidupan kita terus berlangsung dengan penuh barakah. :)


Tingkatkan pengeluaran

Alhamdulillah..hari ini Sabtu 20 Feb 2010, 1 lagi cawangan bahulu d'bayu akan mula beroperasi. Lokasi francais ke-2 ini bertempat di Shah Alam. Sehingga ke hari ini, syarikat sudah mempunyai 2 buah francais yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam.
Penubuhan francais ini sangat lah penting setelah mengambil kira beberapa faktor. Dari pengalaman syarikat semasa membekalkan stok ke Mydin pada tahun 2008, kami mengalami masalah kekurangan stok berbanding permintaan yang berlebihan pada masa tersebut. Itu baru melibatkan 3 cawangan Mydin sahaja..bayangkan jika syarikat mengikat kontrak dengan semua Mydin yang ada di sekitar Lembah Klang...pasti terduduk diam kaku membisu.
Faktor lain penubuhan francais adalah setelah membuat sedikit kajian mengenai perusahaan makanan tradisional terutamanya, pada kebiasaannya hangat-hangat tahi ayam. Bersemangat pada peringkat awal operasi namun akhirnya akur pada kesurutan pelanggan. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan pengusaha berkenaan tidak berusaha mengembangkan pasaran produk yang dihasilkan padahal produk iks kebanyakannya berpotensi besar untuk dikembangkan.
Setelah tertubuhnya francais bahulu d'bayu yang pertama, syarikat mendapat satu suntikan nafas yang baru. kekuatan syarikat bertambah dari segi moral dan fizikal. 3 minggu penubuhan francais pertama, sudah mampu meraih jualan sebanyak RM2,000.00. Syabas syarikat ucapkan kepada usahawan baru francais pertama.
Syarikat akan terus berusaha meningkatkan produktiviti sebagai persediaan menjadi pembekal yang baik kepada pasaraya-pasaraya berkenaan terutamanya Mydin yang akan mula dipenuhi produk bahulu d'bayu di atas rak-rak makanan di premis mereka. Semoga perjalanan membekalkan stok pada kali ini tidak mengalami kecacatan seperti yang terjadi pada masa lampau.
Kepada francais ke dua, selamat maju jaya. Mulakan langkah anda dengan senyuman kepuasan. Terus berusaha untuk mencapai impian dan matlamat yang tersemat.


Thursday, February 18, 2010

" Muslim supplier for all customers "


Sebagai sebuah syarikat perusahaan makanan tradisional-bahulu-, kami ingin berkongsi dengan anda tentang keistimewaan produk syarikat kami. Kuih bahulu merupakan makanan tradisional yang sangat terkenal dikalangan masyarakat di negara Malaysia terutamanya di sebelah Pantai Timur semenanjung. Makanan ini adalah hasil resepi turun temurun peninggalan nenek moyang dahulu kala.
Kuih bahulu sememangnya sangat digemari masyarakat kita semenjak zaman dahulu lagi. Awalnya bahulu hanya boleh didapati dalam satu jenis keadaan sahaja. Perkembangan perusahaan bahulu bagaimanapun bergerak sejajar dengan perkembangan semasa dalam negara kita.
Bahulu pada hari ini telah mengalami satu revolusi yang sangat sihat. Pelanggan boleh mendapatkan produk bahulu daripada pelbagai syarikat beserta palbagi jenis bahulu yang disediakan. Pelanggan sudahpun terbiasa dengan bahulu perisa strawberi, perisa pandan dan sebagainya. Ada juga produk bahulu cappucino. Memang sangat menarik.
Pada ruangan ini syarikat ingin berkongsi dengan pelawat sekalian tentang kewujudan satu lagi revolusi produk bahulu yang dikenali sebagai "bahulu d'bayu". Keistimewaan produk ini ialah ianya merupakan bahulu comel yang terkandung didalamnya inti yang sangat lazat. Buat masa sekarang, syarikat telah menghasilkan 4 jenis bahulu berinti iaitu bahulu inti strawberi, bahulu inti bluberi, bahulu inti nenas dan bahulu inti coklat.
Harga yang ditawarkan sangat la berpatutan dimana para pelanggan tidak perlu untuk menawarkan lagi harganya. Harga runcit bagi 4 biji bahulu berinti adalah RM1.00 sahaja. Harga borong pula adalah 10% potongan dari harga asal sekiranya pelanggan membuat tempahan melebihi 500biji.
Sangat berpatutan. Jika anda masih keliru, cubalah buat perbandingan harga dengan bahulu daripada syarikat lain. Bandingkan harga yang sebenar..

"Salam Pengenalan dari Pengarah Urusan"


  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, syarikat mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua kaum China terutama yang berada di Malaysia. Semoga hubungan kekeluargaan semakin erat dengan sambutan pada kali ini.

   Buat sekelian kalinya syarikat dapat berinteraksi dengan anda menerusi kemudahan ini. Blog ini diwujudkan atas desakan sebagai warga Malaysia yang seharusnya peka dengan perkembangan teknologi masa kini. Melalui blog ini- mutiara_bonda, pihak kami akan cuba sedaya upaya berkongsi segala maklumat yang berfaedah untuk kebaikan kita bersama.

   Selain tujuan diatas, blog ini juga bertujuan bagi menyampaikan segala berita dan informasi terkini syarikat dalam aktiviti perusahaan bahulu berinti. Kami beriltizam akan berusaha kearah mewujudkan satu sistem bersepadu yang dapat memberikan pekhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

   Sebagai Pengarah Urusan Syarikat- Panglima Bayu Enterprise, saya mewakili pihak syarikat mengalu-alukan kehadiran pelawat dalam blog ini. Semoga anda semua dapat mengambil sedikit sebnyak manfaat daripada blog kami ini. Segala kelemahan harap dapat ditegur oleh sesiapa sahaja asalkan teguran tersebut bersifat membina. Segala kelemahan akan segera diperbaiki dari masa ke semasa. Sekian terima kasih..

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

Promo

News

PART-TIMER

PART-TIMER
Jom sertai kami sebagai pengedar. MODAL TIDAK DIPERLUKAN!! Hanya perlu mendapatkan tempahan dan anda akan mendapat komisen antara 15-35%. Sangat mudah bukan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN
apa lagi..jom la rasa.
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.

Istimewa untuk majlis-majlis rasmi

Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.

Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.

BDB B 001 - BDB B 003

HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit :
RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit :
RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit :
RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit :
RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti

BDB B 001

BDB B 001

BDB B 002

BDB B 002

BDB B 003

BDB B 003

Banyak lagi pilihan..

Sila klik pada Cenderamata