Bila sebut perkataan FAMA, ramai yang menyangka ianya adalah singkatan kepada father+mother. Sindrom ini berleluasa terutamanya di kalangan pelajar IPT . Bila di tanya sahaja berkenaan scholarship @ biasiswa, bagi yang tidak mempunyai tajaan PTPTN @ pihak2 lain pasti akan kata : FAMA.
Artikel kali ini bukanlah satu medan untuk membahaskan isu tersebut. Malah itu merupakan perkara biasa. Apa yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah juga mengenai FAMA. Namun, FAMA yang dimaksudkan bukanlah sepertimana yang difahami diatas. FAMA disini bermaksud Federal Agricultural Marketing Authority. Dalam bahasa yang lebih canggihnya bermaksud Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Bagi mereka yang terlibat dengan Industri Asas Tani pasti sangat arif mengenai institusi ini.
FAMA merupakan sebuah intitusi dibawah Kementerian Pertanian Malaysia yang bertindak membantu para usahwan dalam meningkatkan mutu produk dan seterusnya meneroka pasaran bagi memastikan aliran stok berjalan lancar. Walaubagaimanapun, FAMA hanya bertindak sebagai memberi bantuan bukannya menjalankan operasi syarikat. Dengan kata lain, walaupun adanya bantuan daripada FAMA, usahawan tidak akan berhasil sekiranya tidak berusaha untuk maju ke hadapan.
Syarikat kami iaitu Panglima Bayu Enterprise, telah pun berdaftar secara rasmi dengan FAMA. Pendaftaran secara rasmi ini membuka peluang kepada syarikat untuk mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan pihak FAMA. Antara perkhidamatan yang telah ditawarkan ialah, menyertai pasar tani IAT selama sebulan dengan sewa tapak yang sangat rendah. Antara lain menyertai kursus-kursus tajaan FAMA secara percuma. Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus pemasaran, kursus Halal dan sebagainya.
Syarikat kami juga bakal mendapat projek pertama dalam masa yang terdekat. Sebagai produk yang berpotensi berada di pasaran domestik dan antarabangsa, FAMA memberikan bantuan dari segi penambahbaikan persembahan pembungkusan. Dengan adanya pembungkusan baru ini, diharapkan syarikat dapat pergi dengan lebih jauh meneroka pasaran didalam dan luar negara.
Akhir kata, penubuhan FAMA merupakan suatu penubuhan yang sangat diperlukan para usahawan untuk lebih maju. Begitu juga kewujudan FAMA (FAther+MAther) juga tersangatlah penting dalam memastikan kehidupan kita terus berlangsung dengan penuh barakah. :)
saya tak boleh baca, tukarlah tulisan ke warna yang boleh dibaca. kuning is not suitable. just for advice.
ReplyDeletebetul..saya sendiri tak boleh baca :-P. Sebenarnya post ni dah lama ditulis dan pada masa tu background blog ni berwarna gelap. Bila dah selalu tukar background colour jadi lah macam ni.
DeleteAnyway thanks for ur advice. saya pasti tidak akan menggunakan warna terang macam ni lagi untuk background color yang juga terang.