Tuesday, October 12, 2010

Bahulu d'Bayu bersama Majalah Rasa

Alhamdulillah..setelah 2 bulan ditemuramah, akhirnya kisah bahulu Bahulu Berinti d'Bayu terpapar dalamMajalah Rasa keluaran November 2010.

Kisah di atas boleh diselusuri di halaman 134 dan 135 Majalah rasa edisi 112 keluaran November 2010.


Terkini..Francais #1 En Aminudin dari seksyen 4 Shah Alam..

Thursday, September 30, 2010

PENGUMUMAN!!

Jawatan kosong: Operator pengeluaran Bahulu Berinti.

2 kekosongan.

Gaji hari antara RM20-RM40 bergantung kepada pengeluaran.

Tempoh kerja 8 jam sehari.

Lokasi: Gombak.

Lelaki Melayu bujang diutamakan.

Tawaran bermula 1-31 Okt 2010.

Berminat sila hubungi 0132826495.


Tuesday, September 28, 2010

Syawal sesudah Ramadhan

Ramadhan dalam ingatan..

Masih lagi terkenang aktiviti 'berbahulu' sepanjang bulan Ramadhan baru2 ni. Tak sama dengan tahun-tahun sebelum ni. Amat mengejutkan.
Setelah hampir 5 tahun menjalankan operasi pengeluaran Bahulu Berinti d'Bayu, akhirnya berdepan juga dengan situasi yang mendebarkan. Tak menang tangan! Sampai ada pelanggan yang kecewa kerana tidak dapat memenuhi hasrat mereka ampun maaf kami pinta.
Al-kisahnya bermula dengan penyertaan Team d'Bayu dalam pameran @ karnival produk Halal Sedunia (MIHAS) pada bulan Jun yang lepas. Sebuah Hotel terkemuka bertaraf 5 Bintang bertempat di Kota Damasara, telah bersetuju untuk mengambil produk kami sebagai saguhati kepada pelanggan yang berbuka puasa di hotel mereka sepanjang bulan Ramadhan yang lepas.

Cenderahati di Kahwin Mall Cenderahati di Kahwin Mall fotografi di Kahwin Mall
Pihak kami perlu menyediakan stok bahulu berinti sebanyak 12ribu paket bersamaan 48ribu biji bahulu untuk diagihkan sepanjang bulan Ramadhan. Berbekalkan tenaga dan kudrat, kami sedaya upaya memeberikan perkhidmatan yang terbaik dan alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang walaupun terdapat juga sedikit kelompangan.
Kehidupan berpuasa kami tidak seperti umat Islam yang lain kerana terpaksa memerah keringat setiap masa sehingga ada yang terlajak sampai ke 3pagi masih lagi bersama bahulu. pendek kata makan bahulu, main bahulu, tido bahulu.. Semua ini kami lalui dengan penuh sabar dan tabah.
Keadaan bertambah buruk apabila hampir ke penghujung Ramadhan. Pelanggan mula membuat tempahan sempena hari Lebaran. Tempahan yang diterima adalah diluar jangkaan sehingga kami terpaksa menolak beberapa tempahan yang agak terlewat dibuat. Secara kasar, pihak kami terpaksa mengecewakan bebrapa pihak yang telah membuat tempahan berjumlah hampir 30,000 (30ribu) biji. Situasi yang sangat genting.
Walaubagaimanapun, pihak d'Bayu telah berusaha melakukan yang terbaik dan pihak kami memohon jutaan kemaafan atas segala kesulitan yang berlaku. Semoga persediaan untuk menyambut Lebaran yang akan datang akan menjadi lebih baik dan lebih sempurna.
Bagi sesiapa yanag berminat untuk menyertai kami dalam operasi pengeluaran, silalah berhubung dengan pihak kami untuk membincangkan apa yang patut.
Akhir kata, kami pohon kepada semua pelanggan dan penggemar mahupun peminat Bahulu berinti d'Bayu agar terus berdoa semoga perusahaan ini akan terus berkekalan untuk kebaikan ummat sejagat. Wallahua'lam. Selamat Hari Raya 'Idulfitri. Maaf zahir batin.


Friday, August 13, 2010

TAWARAN SEBAGAI PENGEDAR KAMI

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua pelawat. Ramadhan Mubarak. Agak terlewat nampaknya. Dah masuk hari ke-3 puasa baru sempat nak edit blog. bz ke malas..hanya aku yg tau.:-).

Stret to da point, bersempena dengan bulan Ramadhan yg mulia ini, disamping menjalankan ibadah puasa yang x ternilai ganjarannya, kita tidak dihalang untuk melakukan tugasan-tugasan lain dalam muamalat seharian. Aktiviti pengeluaran bahulu berinti tetap berjalan walaupun dalam bulan Ramadhan.

Kami masih lagi MEMBUKA PELUANG kepada mana-mana individu @ company yang berminat untuk menjadi PENGEDAR produk BAHULU BERINTI. Semestinya kami menawarkan komisen yang anda pasti berpuas hati.

Sehingga ke hari ini (puasa ke-3), kami telahpun mempunyai pengedar di sekitar Lembah Klang dan juga dari Kuantan Pahang berjumlah lebih kurang 15 orang. Walaubagaimanapun kuota yang disediakan masih berbaki dan kepada sesiapa yang berminat silalah menghubungi pihak kami.

Komisen yang ditawarkan adalah antara 15-35%. Pelajar IPT juga digalakkan terutama bagi mereka yang perlu isi poket sebelum balik cuti Raya nanti. Semoga gerak kerja kita dalam perniagaan dikira sebagai amal ibadah dalam bulan Ramadan dan insyaAllah akan mendapat bonus berlipat ganda dunia dan Akhirat.

Tuesday, July 20, 2010

"Dalam susah banyak senang"

Seperti selepas hujan indahnya pelangi, begitulah kehidupan..banyak mana pun masalah dan ujian,tanpa kita sedari banyak lagi kesenangan yang kita perolehi. Begitulah yang dihadapi oleh setiap manusia didunia ini.

Begitu juga halnya dalam gerak kerja sesebuah perniagaan, sarat dengan pelbagai ujian dan pancaroba, namun, tidak ramai yang menyedari akan kebaikan yang terselindung disebalik kesusahan itu. Ramai antara pengusaha yang tidak sanggup berdepan dengan situasi yang memeritkan walhal apa yang sedang menanti dihadapan adalah sesuatu yang sangat baik untuk dirinya malah kepada orang lain.

Cukuplah sekadar memahami dan menghayati serta meyakini kebenaran hakikat..

"Sesungguhnya bersama-sama kesusahan banyaknya KESENANGAN."


Sunday, July 18, 2010

Belajar dari pengalaman

Kononnya-"Expo Produk 1 Malaysia"

Baru sahaja selesai mengosongkan tapak jualan yang tidak sepatutnya penuh di Dewan Tun Razak PWTC. Rata-rata pengusaha agak kecewa dengan sikap penganjur yang nak untung sorang-sorang. Bukan sekadar nak untung sorang, malah sanggup biarkan pengusaha tapak terkapai-kapai mengharapkan kebanjiran pengunjung ke PWTC selama 4 hari!

Awal-awal lagi Team d'Bayu sudah merasakan sesuatu yang tidak kena sebelum berlangsungnya expo selama 4 hari tersebut. Tidak ada 1 pun bunting mahupun banner yang biasanya dan sepatutnya digantung di tiang-tiang lampu jalan sebagai mempromosikan program yang akan dijalankan. Pendek kata, pihak penganjur langsung tidak mengendahkan aspek promosi yang sangat penting apatah lagi setelah duit tapak sudah pun dikutip.

Hasilnya, hampir semua pengusaha mendapat masalah besar untuk mendapat balik duit modal bagi kos produk masing-masing. Pihak penganjur juga berlepas tangan apabila pengusaha menuntut kembali bayaran tapak jualan,namun mereka enggan menuaikannya. Orang kata apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat..

Apapun, sebagai usahawan, kita tidak seharusnya berhenti hanya dengan secebis dugaan. Bila kita bersedia menjadi seorang usahawan, sifat BERUSAHA itu sepatutnya menjadi keutamaan. Untung rugi adalah biasa dalam perniagaan kerana itu adalah jalan menuju kejayaan..Tidak perlu kalut bila dilanda masalah kerana yang penting...

"9/10 daripada punca rezeki datangnya dari PERNIAGAAN"

Friday, July 16, 2010

20 Amalan dimurahkan rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

...Selamat BERAMAL...

Tuesday, July 13, 2010

KMG bersama Ulangtahun IKIM.FM yang ke-9

KMG bersama Ulangtahun IKIM.FM yang ke-9
Masih terasa lagi betapa meriahnya sambutan ulangtahun IKIM.FM ke-9 bersama Karnival Mahabbah Gaza yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 9-11 julai 2010 baru-baru ni.

Seperti yang dirancang, perjalanan Bahulu d'Bayu berjalan dengan baik atas Ehsan dan Rahmat dari-Nya. Seperti karnival-karnival sebelumnya, hari permulaan iaitu hari Jumaat tidak boleh dijadikan ukuran samada sesebuah karnival itu mendapat sambutan hebat ataupun sebaliknya. Begitu jugalah suasana yang berlaku pada KMG yang lepas. Pengunjung tidaklah begitu ramai sehinggalah selepas waktu Asar.

Senyuman terus terukir hingga hari berikutnya. Sabtu! Hari yang cukup panas tanpa sedikit pun titisan air hujan melainkan titisan peluh yang bercucuran. Mulut masih kuat untuk melontarkan senyuman kerana senyuman adalah senjata utama dalam perniagaan....:-).

Petang Sabtu orang ramai mula membanjiri gerai-gerai yang ada. Jualan meningkat berganda berbanding dengan hari Jumaat. Sebelah malamnya pihak IKIM + Rabbani menganjurkan konsert Gaza secara besar-besaran didalam Stadium Shah Alam. Jualan sepatutnya boleh menjadi diluar jangkaan namun suasana senja memberikan mesej yang jelas bahawasanya awan akan memuntahkan hujan.

Hujan renyai-renyai mula menghambat pengunjung masuk ke dalam Stadium Malawati yang semestinya selamat dari dibasahi hujan. Seperti yang dijangkakan jualan pada sebelah malam tidak dapat menandingi jualan sebelah petang memandangkan hujan turun tanpa henti walaupun tidak selebat hujan yang turun di Stadium Muhammad ke-IV Kota Bharu tempoh hari sempena dengan Festival Rakyat. Alhamdulillah...

Ahad adalah hari kemucak bagi sesebuah Karnival lebih-lebih lagi yang bertapak di sekitar Stadium Shah Alam. Seperti yang dijangkakan, pengunjung ramai bertandang semenjak gerai mula dibuka pada waktu pagi lagi. Sebelah petangnya kami mengadakan jualan lelong menyebabkan ada antara pengunjung yang kecewa kerana tidak sempat memebeli produk Bahulu d'Bayu sebelum ianya kehabisan stok.

Apapun Bahulu d'Bayu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi merasa kesedapan produk kami teruama artis-artis nasyid dan juga DJ-DJ radio IKIM.FM.

Temui kami di Stesen berikutnya...PWTC.


Thursday, July 1, 2010

"Stesen berikutnya..Stadium Malawati Shah Alam"


Langkah semakin berani..rentak semakin kemas..inilah nilai kekuatan sebuah pengalaman dalam perjalanan sesebuah percaturan.

MIHAS sudah pun berlalu pergi pada 27 Jun 2010. Sebuah stesen yang sarat dengan ilmu perniagaan. Kini perjalanan diteruskan lagi menuju ke stesen yang lain. "Stesen berikutnya..Stadium Malawati Shah Alam" Karnival Mahabbah Gazza (KMG) 9-11 Julai 2010.


Tapak gerai telahpun ditempah menandakan pengusaha sedang membuat persiapan yang cukup hasil daripada pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di stesen MIHAS. Stesen KMG kali ini akan menyaksikan satu persembahan jualan yang lebih baik daripada yang sebelum ini.

Yang pasti meja promosi akan sentiasa penuh dengan stok bahulu berinti bersama sample @ tester yang mencukupi untuk kpuasan pengunjung. Kita juga akan menyediakan bahulu segar dari oven yang pasti memukau deria bau pengunjung yang berhampiran.

Semoga stesen ini akan memberikan pulangan yang terbaik sebelum meneruskan perjalanan ke stesen berikutnya..

* Stesen Ramadhan adalah stesen yang TERSANGAT ISTIMEWA - fiddunya wal-Akhirah

Sunday, June 27, 2010

MIHAS 2010

Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)





Sedar tak sedar Malaysia dah menganjurkan Pameran Barang Dagangan Halal Sedunia buat kali yang ke-7. Pameran ini berlangsung di perkarangan MATRADE Jalan Duta bermula 23 Jun 2010 dan berakhir pada 27 Jun 2010.


Buat sekelian kalinya Team d'Bayu telah mengambil bahagian dalam pameran berprestij ini. Peluang yang ada bersama Noraini's Cookies digunakan sebaik mungkin dalam memastikan produk d'Bayu mendapat tempat dihati pengunjung MIHAS.

Hari pertama menyaksikan satu respon yang sangat positif daripada pengunjung. Rata-rata sangat teruja dengan produk yang dikatakan unik dan baru bagi mereka. Walaubagaimanapun, jualan tidak mencapai target kerana keadaan ini adalah normal mengikut pengalaman lepas yang diceritakan Noraini Cookies.

2 hari terakhir, stok d'bayu tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang membanjiri dewan pameran. Kami terpaksa akur dengan keadaan tersebut memandangkan kami tidak mampu menghasilkan stok dalam kuantititi yang banyak.

Pendek kata, MIHAS pada tahun ni memberikan seribu satu pengajaran kepada pangusaha baru seperti kami. Banyak peluang perniagaan untuk diteroka termasuklah dalam aspek import-export. Semoga MIHAS 2011 tidak akan mengecewakan Team d'Bayu.

Tuesday, March 2, 2010

HALAL - Isu yang sangat sensitif!


Mencari yang Halal itu adalah kewajiban atas setiap Muslim. Bila cakap tentang Halal je, sume duk pikir makanan Halal..sedangkan banyak lagi benda lain yang sepatutnya diheret bersama dalam persoalan Halal ini. Sebab itu isu Halal sangat sensitif.
Baru 3 hari lepas penulis menyertai satu seminar Halal anjuran Jakim bertempat di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara. Objektif seminar adalah memberi kesedaran kepada usahawan Muslim dalam mendapatkan pengesahan sijil Halal daripada Jakim. Bagi pengusaha bahulu seperti saya, bunyinya agak kelakar kerana semestinya bahulu adalah produk makanan yang tentunya halal disebabkan bahan-bahan mentah yang dijamin kehalalannya. Walaubagaimanapun, sepanjang seminar berjalan, penulis dapat menghayati betapa pentingnya mendapatkan sijil Halal Jakim.



Makanan terutamanya merupakan perkara penting yang disarankan keatas setiap Muslim dalam memastikan ianya Halal lagi suci. Saranan ini boleh kita dapati daripada firman Allah Taala dalam Kitab Suci Al-Quran. Jakim bertanggungjawab dalam memastikan produk syarikat yang berjaya mendapatkan sijil Halal adalah betul-betul halal lagi suci.
Seminar 3 hari yang lepas juga membongkarkan betapa kita warga Kuala Lumpur terutamanya, makan ayam haram setiap hari. Kebanyakan ayam yang dijual di pasar-pasar besar tidak mampu memenuhi kehendak Syarak malah ada antara tukang sembelih terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam! So terrible!! Fakta ini dibenarkan sendiri oleh peserta seminar dan beliau merayu kepada pihak berwajib agar memantau perkara ini dengan lebih serius.
Isu produk yang diragui kehalalannya juga melanda beberapa produk bukan makanan seperti alat mekap, barangan berasaskan kulit dan termasuk juga dalam aspek perkhidmatan. Jika dibuat kajian, sebahagian besar barangan dan perkhidmatan pada masa kini adalah meragukan. Peranan Jakim juga sebenarnya tidak memadai dengan hanya mewajibkan pendaftaran sijil Halal kerana Jakim tiada kemampuan untuk membuat pemantauan berterusan keatas beratus ribu jenis produk di negara kita. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita berusaha bertolongan dalam urusan yang baik ini.
Kepada pengusaha-pengusaha ayam di luar sana, pastikan ayam anda Halal dan selamat untuk dimakan oleh sebahagian besar Muslim dinegara ini. Bagi mereka yang ada kemampuan, usahakanlah projek menternak ayam secara besar-besaran dan jadikan ianya sebagai suatu Jihad untuk kepentingan Ummah sejagat.

Saturday, February 20, 2010

FAMA - FAther and MAther?



Bila sebut perkataan FAMA, ramai yang menyangka ianya adalah singkatan kepada father+mother. Sindrom ini berleluasa terutamanya di kalangan pelajar IPT . Bila di tanya sahaja berkenaan scholarship @ biasiswa, bagi yang tidak mempunyai tajaan PTPTN @ pihak2 lain pasti akan kata : FAMA.
Artikel kali ini bukanlah satu medan untuk membahaskan isu tersebut. Malah itu merupakan perkara biasa. Apa yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah juga mengenai FAMA. Namun, FAMA yang dimaksudkan bukanlah sepertimana yang difahami diatas. FAMA disini bermaksud Federal Agricultural Marketing Authority. Dalam bahasa yang lebih canggihnya bermaksud Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Bagi mereka yang terlibat dengan Industri Asas Tani pasti sangat arif mengenai institusi ini.
FAMA merupakan sebuah intitusi dibawah Kementerian Pertanian Malaysia yang bertindak membantu para usahwan dalam meningkatkan mutu produk dan seterusnya meneroka pasaran bagi memastikan aliran stok berjalan lancar. Walaubagaimanapun, FAMA hanya bertindak sebagai memberi bantuan bukannya menjalankan operasi syarikat. Dengan kata lain, walaupun adanya bantuan daripada FAMA, usahawan tidak akan berhasil sekiranya tidak berusaha untuk maju ke hadapan.
Syarikat kami iaitu Panglima Bayu Enterprise, telah pun berdaftar secara rasmi dengan FAMA. Pendaftaran secara rasmi ini membuka peluang kepada syarikat untuk mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan pihak FAMA. Antara perkhidamatan yang telah ditawarkan ialah, menyertai pasar tani IAT selama sebulan dengan sewa tapak yang sangat rendah. Antara lain menyertai kursus-kursus tajaan FAMA secara percuma. Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus pemasaran, kursus Halal dan sebagainya.
Syarikat kami juga bakal mendapat projek pertama dalam masa yang terdekat. Sebagai produk yang berpotensi berada di pasaran domestik dan antarabangsa, FAMA memberikan bantuan dari segi penambahbaikan persembahan pembungkusan. Dengan adanya pembungkusan baru ini, diharapkan syarikat dapat pergi dengan lebih jauh meneroka pasaran didalam dan luar negara.
Akhir kata, penubuhan FAMA merupakan suatu penubuhan yang sangat diperlukan para usahawan untuk lebih maju. Begitu juga kewujudan FAMA (FAther+MAther) juga tersangatlah penting dalam memastikan kehidupan kita terus berlangsung dengan penuh barakah. :)


Tingkatkan pengeluaran

Alhamdulillah..hari ini Sabtu 20 Feb 2010, 1 lagi cawangan bahulu d'bayu akan mula beroperasi. Lokasi francais ke-2 ini bertempat di Shah Alam. Sehingga ke hari ini, syarikat sudah mempunyai 2 buah francais yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam.
Penubuhan francais ini sangat lah penting setelah mengambil kira beberapa faktor. Dari pengalaman syarikat semasa membekalkan stok ke Mydin pada tahun 2008, kami mengalami masalah kekurangan stok berbanding permintaan yang berlebihan pada masa tersebut. Itu baru melibatkan 3 cawangan Mydin sahaja..bayangkan jika syarikat mengikat kontrak dengan semua Mydin yang ada di sekitar Lembah Klang...pasti terduduk diam kaku membisu.
Faktor lain penubuhan francais adalah setelah membuat sedikit kajian mengenai perusahaan makanan tradisional terutamanya, pada kebiasaannya hangat-hangat tahi ayam. Bersemangat pada peringkat awal operasi namun akhirnya akur pada kesurutan pelanggan. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan pengusaha berkenaan tidak berusaha mengembangkan pasaran produk yang dihasilkan padahal produk iks kebanyakannya berpotensi besar untuk dikembangkan.
Setelah tertubuhnya francais bahulu d'bayu yang pertama, syarikat mendapat satu suntikan nafas yang baru. kekuatan syarikat bertambah dari segi moral dan fizikal. 3 minggu penubuhan francais pertama, sudah mampu meraih jualan sebanyak RM2,000.00. Syabas syarikat ucapkan kepada usahawan baru francais pertama.
Syarikat akan terus berusaha meningkatkan produktiviti sebagai persediaan menjadi pembekal yang baik kepada pasaraya-pasaraya berkenaan terutamanya Mydin yang akan mula dipenuhi produk bahulu d'bayu di atas rak-rak makanan di premis mereka. Semoga perjalanan membekalkan stok pada kali ini tidak mengalami kecacatan seperti yang terjadi pada masa lampau.
Kepada francais ke dua, selamat maju jaya. Mulakan langkah anda dengan senyuman kepuasan. Terus berusaha untuk mencapai impian dan matlamat yang tersemat.


Thursday, February 18, 2010

" Muslim supplier for all customers "


Sebagai sebuah syarikat perusahaan makanan tradisional-bahulu-, kami ingin berkongsi dengan anda tentang keistimewaan produk syarikat kami. Kuih bahulu merupakan makanan tradisional yang sangat terkenal dikalangan masyarakat di negara Malaysia terutamanya di sebelah Pantai Timur semenanjung. Makanan ini adalah hasil resepi turun temurun peninggalan nenek moyang dahulu kala.
Kuih bahulu sememangnya sangat digemari masyarakat kita semenjak zaman dahulu lagi. Awalnya bahulu hanya boleh didapati dalam satu jenis keadaan sahaja. Perkembangan perusahaan bahulu bagaimanapun bergerak sejajar dengan perkembangan semasa dalam negara kita.
Bahulu pada hari ini telah mengalami satu revolusi yang sangat sihat. Pelanggan boleh mendapatkan produk bahulu daripada pelbagai syarikat beserta palbagi jenis bahulu yang disediakan. Pelanggan sudahpun terbiasa dengan bahulu perisa strawberi, perisa pandan dan sebagainya. Ada juga produk bahulu cappucino. Memang sangat menarik.
Pada ruangan ini syarikat ingin berkongsi dengan pelawat sekalian tentang kewujudan satu lagi revolusi produk bahulu yang dikenali sebagai "bahulu d'bayu". Keistimewaan produk ini ialah ianya merupakan bahulu comel yang terkandung didalamnya inti yang sangat lazat. Buat masa sekarang, syarikat telah menghasilkan 4 jenis bahulu berinti iaitu bahulu inti strawberi, bahulu inti bluberi, bahulu inti nenas dan bahulu inti coklat.
Harga yang ditawarkan sangat la berpatutan dimana para pelanggan tidak perlu untuk menawarkan lagi harganya. Harga runcit bagi 4 biji bahulu berinti adalah RM1.00 sahaja. Harga borong pula adalah 10% potongan dari harga asal sekiranya pelanggan membuat tempahan melebihi 500biji.
Sangat berpatutan. Jika anda masih keliru, cubalah buat perbandingan harga dengan bahulu daripada syarikat lain. Bandingkan harga yang sebenar..

"Salam Pengenalan dari Pengarah Urusan"


  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, syarikat mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua kaum China terutama yang berada di Malaysia. Semoga hubungan kekeluargaan semakin erat dengan sambutan pada kali ini.

   Buat sekelian kalinya syarikat dapat berinteraksi dengan anda menerusi kemudahan ini. Blog ini diwujudkan atas desakan sebagai warga Malaysia yang seharusnya peka dengan perkembangan teknologi masa kini. Melalui blog ini- mutiara_bonda, pihak kami akan cuba sedaya upaya berkongsi segala maklumat yang berfaedah untuk kebaikan kita bersama.

   Selain tujuan diatas, blog ini juga bertujuan bagi menyampaikan segala berita dan informasi terkini syarikat dalam aktiviti perusahaan bahulu berinti. Kami beriltizam akan berusaha kearah mewujudkan satu sistem bersepadu yang dapat memberikan pekhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

   Sebagai Pengarah Urusan Syarikat- Panglima Bayu Enterprise, saya mewakili pihak syarikat mengalu-alukan kehadiran pelawat dalam blog ini. Semoga anda semua dapat mengambil sedikit sebnyak manfaat daripada blog kami ini. Segala kelemahan harap dapat ditegur oleh sesiapa sahaja asalkan teguran tersebut bersifat membina. Segala kelemahan akan segera diperbaiki dari masa ke semasa. Sekian terima kasih..

"Special Branch" bersama TV al-Hijrah

Promo

News

PART-TIMER

PART-TIMER
Jom sertai kami sebagai pengedar. MODAL TIDAK DIPERLUKAN!! Hanya perlu mendapatkan tempahan dan anda akan mendapat komisen antara 15-35%. Sangat mudah bukan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN

Bahulu Berinti d'Bayu bersama UPIN & IPIN
apa lagi..jom la rasa.
Pelancaran terbaru produk perkhidmatan syarikat. Banyak pilihan yang boleh anda fikir-fikirkan.

Istimewa untuk majlis-majlis rasmi

Bahulu d'bayu kini boleh didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz serta warna sesuai dengan pilihan hati dan bajet anda. Pastinya memberikan suatu kelainan kepada tetamu majlis anda dengan pemberian istimewa berupa Bahulu Berinti d'Bayu yang dibungkus dengan kotak yang sangat comel. Jangan berlengah sekiranya berminat unuk membuat tempahan kerana kami memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk memenuhi tempahan anda.

Sila menjamu mata dengan gambar-gambar dibawah sebelum menjamu selera dengan Bahulu Berinti yang sangat lazat.

BDB B 001 - BDB B 003

HARGA
Tempahan 300 unit : RM3.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 500 unit :
RM2.60/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1000 unit :
RM2.30/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 1500 unit :
RM2.25/unit bersama 4biji Bahulu Berinti
Tempahan 2000 unit :
RM2.20/unit bersama 4biji Bahulu Berinti

BDB B 001

BDB B 001

BDB B 002

BDB B 002

BDB B 003

BDB B 003

Banyak lagi pilihan..

Sila klik pada Cenderamata